haYat eMpuNya bLog

Daisypath Friendship tickers

bAck@hOme


Sunday, October 30, 2011

‎-Surat Untuk Abang Dan Adik-


Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat 



kat abang dia..Dan dia xtau 


pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(
Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus 


surat kat die yg kat 


kampong..Satu pon x berbalas..
2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab 


puas aku cari tapi x jumpa 


dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik 



kampong..Aku nak bersihkan


 rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih 


rumah using tu..Aku tersapu 


surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang 


lalu..Sebelum aku menikah…


suratnya macam ni..

~~ “Khas buat abangku,



Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak 



Tingkatan 5.., Masa tu 


diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab 


aku baling semua perhiasan 


kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan 


ayah..Tapi aku hairan mase tu, 


ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air 


keluar..Tapi ko cepat2 lap 


lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal 


tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang



 cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah 



xde, ko jangan tinggal die. 


Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar


 die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, 



ko belikan aku pengikat 


rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi 


aku campak kat longkang 


belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. 


Lepas kejadian tu..ko x penah 


ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi 



malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan 


aku, Ingat tak, aku masak 


untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku 


nampak ayam2 yg makan.Ko x 


penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi 



time tu ko tengah tido..Aku 


amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik 


sekolah, ko lempang aku sampai 


mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi 


keesokannya,nasib baik luka 


tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala 



Lumpur, umah Pak Long..ko 


cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang 


amik aku..Berpuluh surat aku 


titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada 


sebarang balasan..Kenapa 


abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan 



umur ko dah pon 32 tahun, aku 


sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk 


menikah aku sampaikan surat lagi 


pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap 


apa2? Aku perlu izinmu 


sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa 



sebenarnya yg sedang 


berlaku..

Salam sayang,

Adik.”~~



Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah 



pusaka ni…Yelah.. Nak balik 


jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah 



kena makan anai2..Tibe ada 


satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta 


sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik 



sangat…dan aku buka…


~~ “Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat 



yang engkau kirimkan..Kerana 


aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah 



kita..Iye, kau pecahkan perhiasan 


rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ 


adalah hadiah untukmu?? Mesti 


kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah 


balang ikan emas yg telah aku, 


ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah 


masih berhutang dengan apek 


yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli 



pengikat rambut itu untuk 


kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau 


pakai pengikat rambut 


itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambut 


tu..Aku dah ambil balik, dan 


basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak 


kecil di rumah kita..Nanti kau 


ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak 



ucapkan lagi tanggal hari jadi 


mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua 


orang tua kita meninggal..Aku 


tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku 


ucapkannya..Aku harap kau 


mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam 



saja..Kerana aku bekerja di 


pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam 


lori..Untuk menyara engkau..Untuk 


membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju 


engkau dan semua persiapan 


kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan 


kecantikan kau, Ramai yg 


memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk 


kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku 


tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau 


dicerca kerana abangmu yg 


kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku 



akan makan masakan itu 


sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk 


siang hari, dan aku makan 


semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak 


tercedera dan kasar semasa basuh 


pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani 


aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau 



banyak berkorban 


untukku..Kau menyediakan makanku dan 


segalanya..Adakah ucapan itu cukup 


untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan 


terima kasih..Biarlah aku ucapkan 


di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu 


adalah utk semua yg kau 


lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau 



mencuri dan mengambil barang 


tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup 


untuk mengherdik kau lalu 


aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau 


ingat sampai bila-


bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak 


mengambil barang orang lain 


sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia 


sia kerana aku dapat 


mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas 


menyapu minyak dibibirmu 


pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari 


pucuk jambu batu dan 


menggilingnya sehingga batu lesung itu turut 


menggiling tangan aku..Sakit yang 


amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan 


Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci 


kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku 


tidak mau bengkak itu 


mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari 



aku, sebenarnya..aku 


menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika 


itu..Mungkin kerana ketika aku 


bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan 


aku sangat terdedah pada 


debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan 


dikejarkan ke hospital..Doktor 


mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana 


badan ku tidak berupaya 


untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku 


sudah tak selancar 


dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas 


dan pandanganku yg makin 


kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon 


doktor menjangkakan aku xkan 


bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku 



di hospital..Jika suatu hari 


nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua 


surat2 dan bukalah semua 


hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 


tahun dahulu..Dan maafkan aku 


jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun 


ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon 



tiada..Jangan kau bersedih..Di 


sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan 



pakaian dan kotor serta 


debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya 



sentiasa bersih dan tiada 


kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh 



ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika 



aku pulang dr kerja, TERIMA 


KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku 



tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa 



aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA 



KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon 



duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik 



kita menjadi walimu..Kerana 


aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku 



mahukan..Jagalah suamimu dan jangan 


kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.” ~~ 



Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama 



jernihan airmata yg 


mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang 


dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis 



nama aku dengan tulisan yg 


sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap 


hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia 



abangku










(renungan kita b'sma..mcm ni la 


perhbungan ssbuah kluarga itu..xkra 


mcm mna pown  prngai..kluarga ttap 


drah dging kta)

kEkreAtiFaN hAku